Friday, March 18, 2011

cuti yang macam-macam

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... selamat pergi selamat balik. perjalanan yang penuh dengan terlajak-terlajak. perginya terlajak ke klia, baliknya terlajak pusing-pusing shah alam. tak apalah bawa adik-adik makan angin (ayat nak cover).

ok la, dua hari lepas aku ke negeri sembilan untuk dua tujuan utama. satunya aku nak pergi ke rumah kakak untuk bawa adik jalan-jalan tempat kakak aku tu. duanya untuk ke rumah seorang kawan atas jemputan dan keinginan. fuh...

sampai-sampai je di rumah kawan memang dapat layanan A. segan jugak sebab tuan rumah tengok je kami bertiga adik beradik makan (macam datang sebab nak makan je... huhu~). tapi terima kasih banyak-banyak kepada 'bibik' sekeluarga sebab sudi menerima kehadiran kami ni. makanan sedap-sedap tau...

hari kedua jalan-jalan kat putrajaya. seronok ada... kenyang ada... sedih pun ada... haha... kelakar jugak. tapi dalam kamera memang penuh gambar sebab banyak tempat kami pergi. alamanda... taman botani... hot air balloon fest... nilai... (ok yang ni terlajak sikit).

malam pulak ke jusco seremban dua. pergi cari buku yang kakak nak (kakak buli adik). memang pergi sebab cari kedai popular lepas tu balik rumah laju-laju. eh lupa... sempat singgah makan kat restoran tomyam turbo layan bihun tpmyam turbo (ntah apa yang turbo pun aku tak tahu).

hari jumaat dah balik. sesat di shah alam. mulanya nak singgah office kakak sulung kat bangunan suk. tapi dah sesat punya pasal satu shah alam aku pusing. akhirnya mengalah terus je pergi rumah kakak. kebetulan keluarga mertua kakak kat sana (tau awal-awal aku terus je pergi rumah kakak aku).

tak esok, lusa dah balik titi gantung. sambung rutin harian buat lesson plan. jangan lupa proposal yang baru siap separuh tu. dapat mesej daripada pensyarah format aku buat tu tak ikut piawai. adeh~ kena adjust mana patut.

ok la tu je nak cerita. Alhamdulillah... semua berjalan lancar. semoga semuanya diberkati...

3 comments: