Wednesday, March 16, 2011

tsunami hidup...

Assalamualaikum...

setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita sering kali akan diperincikan dengan sebab dan akibat kepada yang berlaku. jawapan yang pasti sudah tentu itu semua kehendakNya. jika sudah berkata jadi, maka jadilah ia.

malapetaka tsunami yang berlaku di jepun sepatutnya dilihat dari pelbagai aspek. adakah itu balasan untuk negara jepun yang dahulunya berasa bangga dengan teknologi bangunannya yang mampu menahan gegaran yang sering melanda negara matahari terbit itu atau pun jiwa rakyatnya yang kosong tanpa cahaya iman?

tidak cukup dengan itu, sekarang bala yang menimpa jepun belum berakhir dengan datangnya satu lagi malapetaka radiasi nuklear. Allah... sepandai mana manusia itu sesungguhnya habuk berbanding kepandaian Maha Pencipta.

tak kesahlah apa pun pandangan orang terhadap perkara ini. namun, apa yang pasti postmortem seharusnya dilakukan terhadap diri kita sendiri. betulkah jalan yang kita ambil selama ini? yakinkah ianya mampu membawa kita ke pintu firdaus?

wassalam...

1 comment: