Saturday, April 23, 2011

Alhamdulillah... semua berjalan dengan baik.

Assalamualaikum...

seminggu tak online. banyak perkara yang berlaku dalam minggu ni. pening jugak nak cerita satu-satu tapi serius tak sabar nak jg blogger macam dulu. hehe...

minggu ini merupakan minggu terakhir aku diselia oleh pensyarah. minggu ni jugak minggu aku sibuk nak siapkan mural kat sekolah dan melatih pasukan choral speaking.

baiklah cerita satu-persatu. hari isnin, pukul 11.30 pagi aku diselia oleh pensyarah dan guru yang merupakan seliaan terakhir untuk semester ini. Alhamdulillah nampak macam ok tapi tak tahulah markah berapa. terima kasih kepada semua yang membantu.

hari selasa cuti keputeraan sultan perak. petang isnin aku ikut rakan pergi memancing satu malam di lumut menandakan aku dah merdeka. thanks alep! hehe... seronok memancing walaupun dapat ikan kecik je banyak. sempat photoshoot waktu senja. cun!


pagi selasa tu jugak aku melatih budak choral speaking. mata mengantuk tak cukup tidur tapi demi tanggungjawab aku on je. huhu... aku pun tak berapa nak reti choral speaking sebenarnya tapi kena latih budak. macam manalah agaknya hasilnya nanti. huhu...

hari rabu sambung lukis mural. sekarang tinggal kurang daripada 10% yang belum siap. insyaAllah boleh sambung minggu depan sebelum habis praktikum. gambar bawah ni masa 50% buat. biasa-biasa je. tapi sebab buat sendiri memang puas hati.


hari khamis latih choral speaking lagi. kali ini lebih intensif. maklumlah masa suntuk tinggal berbaki seminggu sahaja. cikgu-cikgu lain boleh semangat takkan kami yang muda-muda ni tak bersemangat. go go! hari khamis ni jugak kami diminta melatih nasyid pengakap. hmm... latih je la.. hehe.

hari jumaat kelas penuh tapi ramai budak kena panggil untuk berlatih. jadi aku biarkanlah mereka (boleh skip kelas jap... hehe). petang aku balik kampung di selangor (sebab tu boleh online). petang ni dah kena balik semula ke titi gantong sebab malam ni kena jaga budak pengakap rambu peringkat daerah kalau tak silap. huhu...

*nak habiskan sisa-sisa di sekolah kebangsaan bota kanan dengan kenangan yang menyeronokkan. yeehaa!!

No comments:

Post a Comment