Sunday, June 5, 2011

cerita cuti saya...

Assalamualaikum...

hujung minggu ni memang hujung minggu aku yang penuh dengan aktiviti. bermula dari hari jumaat lepas hinggalah ke hari ini.

hari jumaat yang kelakar:

tiba-tiba aku rasa macam orang tak betul. aku, rahim dan abang am bertolak ke ipoh lebih awal kerana kuatir lambat ke kenduri kahwin rakan pada hari sabtu. dalam perjalanan ke ipoh, kami singgah ke masjid gopeng untuk solat asar. sebelum solat datang timbul satu persoalan.

rahim: ko bawak kunci rumah tak?
aku: tak bawak.. ko?
rahim: tak bawak jugak.. adeh~

rupa-rupanya kami tak bawa kunci rumah sewa. nak ceritakan pengalaman kami hari tu tak cukup rasanya kat blog ni. huhu..

sabtu kawan aku kahwin:

selepas habis cerita kunci hilang (kami mengatasinya dengan cemerlang... ahaha~) kami teruskan agenda kami untuk ke bagan serai. muhamad umair bin basar sudah berkahwin! kembang satu taman seperti kata seorang bekas pensyarah maktab aku. maksudnya kahwin dengan rakan sekelas; nor syakirah binti mohd sa'ad. wah... selamat pengantin baru! semoga bahagia hingga ke anak cucu...

sabtu ahad dengan keluarga:

petang habis kenduri tu kami terus menuju ke lumut kerana keluarga aku dah menanti. minggu ni keluarga haji rosnan ada buat hari keluarga. seronoknya... lokasi yang di pilih yang juga percubaan pertama kami adalah di lumut dan pangkor.

perjalanan yang sangat seronok... berkumpul satu famili... tidur kat apartment kondo di lumut.. dapat mandi-manda di pangkor... mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami satu keluarga. tahun nak buat lagi.. aku dah kerja kot. insyaAllah...

............

rasanya tu je nak cerita untuk kali ini. nantikan cerita aku ke medan minggu depan. semoga semuanya berjalan lancar. =)

1 comment: