Monday, August 8, 2011

iftar keluarga besar

Assalamualaikum...

selamat berpuasa semua! hurm... penat jugak kuliah time puasa ni. Alhamdulillah setakat ni puasa ni memang mengajar aku berjimat cermat. mana tak jimat, buka puasa kat surau, sahur masak sendiri. kalau sebelum ni sehari minimum belanja rm10 sekarang seminggu rm10. jimat kan?

baru-baru ni ada junior tanya lama tak nampak kat ipg. kami ada je kat ipg tu. maklumlah kelas masa tak sama, petang tak larat nak turun main bola (puasa..), kami pulak kelas terapung. so, kami ada dimana-mana. kalau ada rezeki jumpalah.

baru-baru ni aku balik kampung. rumah embah (datuk) aku ada buat jamuan berbuka puasa keluarga. haa.. masa ni la nak jumpa saudara-mara. bukan senang nak jumpa diorang ni. menu simple je sate, ikan bakar, sup bakso, kuih-muih, dan lauk-pauk lain.

jamuan petang tu dah mula seawal pukul 6.30petang. kami mulakan dengan membaca tahlil dan doa kesyukuran. mula je azan makan yang ringan-ringan dulu seperti kurma dan kuih muih. lepas sembahyang maghrib baru sambung makan. memang meriahlah..




habis makan aku balik rumah. maklumlah bila adik-beradik dah jumpa ni memang seronok bersembang sampai aku terlepas sembahyang terawikh kat surau. hehe... bila dah terlepas kat surau malas pulak nak buat kat rumah. adeh...

apa-apa pun jamuan keluarga ni memang dah jadi macam tradisi keluarga arwah hj Osmin. setiap tahun kami akan buat macam ni. sekurang-kurangnya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara kami.. =)

4 comments: