Tuesday, November 29, 2011

f3 dalam memori

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. 5 tahun 6 bulan dah pun berlalu. sedar tak sedar aku selangkah je nak jadi seorang guru. banyak betul pengalaman sepanjang 5 tahun setengah kat ipg. kalau dulu tanjung rambutan tu banyak hutan sekarang dah macam bandar tanjung aku tengok (ok ni over..).

ok, mungkin entri ni dah agak lapuk sebab tarikh aku secara rasminya adalah minggu lepas iaitu setelah selesai kissm (kursus induksi sistem saraan malaysia) pada 23/11/2011. oleh kerana kekangan kenduri kahwin kakak, terpaksalah aku anjakkan ke hari ni.

apa-apa pun satu perkara yang aku takkan lupakan sepanjang di ipg ialah kawan-kawan terutama rakan f3. entri ni khas buat rakan-rakan seperjuangan f3.

tory, aku, apis, nua, umair, zhaf
tory: dia ni selalu cool je.. habit dia kat rumah semua orang tau. bukak **** lepas tu main pes. hehe... tak pun main pijak-pijak. agaga~

apis@hafiz: dia ni striker bola sepak f3. haha... macam-macam cerita apis ni. semoga bahagia geng.

nua@anwar: nua ni mamat yang suka perasan kacak (sama la macam aku..). kat dalam kelas dia ni orang yang agak lantang. ada bakat jadi guru besar.

umair: rupa-rupanya aku lupa pasal umair. sori geng! umair ni dah kahwin gak. kalau kat dalam kelas agak hot temper dia ni tapi gila-gila. dah kahwin so tak ada masalah kot sekarang sebab ada orang jaga. hehe..

zhaf@zhafran: boleh dikatakan ustaz la dala kelas aku. tapi bila dah masuk air agak sukar dikawal mamat ni. haha...

malek, muaz, acab, rahim
malek: seorang yang selalu nak serius tapi susah sebab dapat kawan-kawan macam kami. paling tak boleh lupa malek bila dia bangun pagi. geng lelaki je yang tau ni.. hehe

muaz: dah kahwin. orang pertama yang kahwin dalam kelas aku. nampak macam cool je tapi bila buat lawak sikit mula la dia tersedu. yang ni memang kelakar.

acab@azim: dia ni la bawak nama gelaran aku sampai kat ipg. seorang yang tak kedekut tapi kalau dia rasa nak kedkut memang nampak sangatlah. haha.. agak suka menonjol, jadi kami pun suka la bagi perhatian kat dia ni. hehe..

rahim: kalau ikutkan dia ni abang dalam kelas kami sebab dia tua setahun daripada kami. suka buat lawak kat dalam kelas. lagi satu dia ni fobia benda "kotor" ye.. so hati-hati.

nik, dib, fira, lavina, fifi, shareen, lily, mira, syak
nik: yang ni pulak kakak kami. tapi tak panggil la kak nik. orangnya kecil je tapi sekali dia bersuara boleh buat orang terkedu seketika. amboi~=)

dib: seorang yang sentiasa ceria. sebab selalu update fb macam tak ada masalah je. suka melaram sejak akhir-akhir nak habis belajar ni. hehe..

fira: dia ni nampak macam malu-malu sikit tapi aku suka la kalau dia mula bersuara. ibarat melihat ayam jantan bertelur emas. haha.. "apa-apa pun yang penting, elaun.. tinggi~ yess!!"

lavina: top student kat dalam kelas. seronok dan tension kalau satu kumpulan dengan lavina kalau buat assignment. seronok sebab mesti berjalan lancar tapi tension sebab orang macam aku ni malas. so kenalah rajin-rajin sikit. nasib baik lavina ni ada bakat motivasi orang.

fifi: suka menjerit dalam kelas. dah bertunang ye so dah tak ada chan la nak ngorat. hehe..

shareen: dulu masa mula-mula masuk aku ingat orang melayu yang tak pakai tudung. rupa-rupanya bukan islam... dah nak habis belajar kat ipg makin cun pulak aku tengok. yela.. dah ada balak kan.. hehe

mira: dia ni minah yang gila-gila sikit dalam kelas. tapi dalam gila-gila dia masa dinner hari tu dia jadi perempuan melayu terakhir. aauuwww!! hehe..

lily@wan dalilah: ni pun budak pandai dalam kelas aku. hehe.. tak tau nak komen apa =)

syak@syakirah: kalau kat dalam kelas, syak ni memang antara yang petah berkata-kata. ada bakat jadi pengacara majlis dan pandailah dalam hal-hal mengurus ni. syukur ada kawan macam ni. boleh mintak khidmat nasihat kalau ada masalah kat sekolah.

siti: tak ada dalam gambar. seorang yang boleh hafal teks kalau nak bentang sesuatu. dahsyat woo.. susah nak buat tu..

sayang korang semua..
5 tahun 6 bulan menjadi saksi persahabatan kita. semoga masa-masa mendatang takkan memudarkan jalinan ukhuwah yang telah kita bina selama ini. aku sahabat hanya mengharapkan yang terbaik buat rakan-rakan semua. semoga mejadi seorang guru yang baik semua...

segala kenangan bersama korang semua memang tak mungkin aku lupakan. kalau ada salah silap terkasar bahasa harap dimaafkan. andai kata entri ni pun buat korang terasa aku nak mintak maaf ye. sekadar pandangan ikhlas daripada aku. 

*banyak lagi nak cerita pasal korang tapi takut aku pun malas nak baca.

jumpa lagi geng!

8 comments:

  1. fifi fairuz fuyyohhNovember 30, 2011 at 7:59 AM

    wak, ak x penah jwrit2 dlm kelas..ak dok senyap je taw..huhu
    eh, umair bkn bdak f3 ke? sian dy..

    ReplyDelete
  2. eh aah la.. lupe lak pasal umair.. adeh~ sori2 bakal dikemaskini..

    ReplyDelete
  3. SALAM...TERUS TERANG AKU "TUCINK" SEKETIKA..HEHE...

    THANKS DI ATAS PUJIAN YG X SEBERAPA DI ATAS,BHAHAHA...BARU CUTI JAP, DAH RINDU MEMBER..
    PAPEPUN, SMART BRO!

    ReplyDelete
  4. wak,, ak baru bace .. lmbt sket.. besela rumah xde intenet.. kene p cc.. haha.. mane ad gile2 dlm kelas... ak sntiasa fokus dlm kelas esp kelas en shaddin ;p

    ReplyDelete
  5. yup.. bakal cikgu.. insyaAllah.. doakan sy ek=)

    ReplyDelete