Assalamualaikum...
apa khabar blog ni? kesian dah lama tak sentuh blog ni. nasib baik masih boleh post cerita-cerita hangat. jarang-jarang dapat post blog di tengah-tengah pulau borneo ni. kira aku ni dalam kategori insan yang beruntung jugalah.
Alhamdulillah... masih dapat menyedut udara segar 2013. ini juga bermakna sudah setahun aku mengajar di long busang. tahun lalu dengan cabaran yang tersendiri. dan aku terus berdoa dan berharap walau apa pun cabaran pada tahun ini dapat aku tempuhi dengan tabah.
tahun ni masih lagi menggalas tugas sebagai guru data. awal tahun memang waktu yang amat padat untuk guru data. masih baru memang agak kalutlah aku nak melaksanakan tugas ni. tahun ni aku guru kelas tahun 3. baru sahaja siap mengecat kelas tahun 3. adalah rupa kelas sekarang ni. kalau tak sunyi sepi je kelas tu dilindungi bukit di depan dan kanan dan bangunan di kiri dan belakang. teringat kata-kata mak "walaupun benda tu buruk kalau dijaga dengan baik mesti tahan lama.." dulu kelas tu nampak buruk sekarang dah cantik! hehe... siapa nak buat semua ni kalau bukan cikgu. tahun ni juga aku ditugaskan menjadi warden. berhadapan dengan murid-murid cilik yang lebih selesa berkasut kulit mereka sendiri! walaupun mereka ni 'wangi' sangat tapi itulah yang mengingatkan aku supaya mendidik mereka supaya sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan. tugas ini baru bagi aku tapi insha Allah aku akan cuba buat yang terbaik. pesanan untuk diri sendiri jawatan bukan untuk bermegah-megah tapi tanggungjawab. aku bakal ditanya mengenai tanggungjawab ni. Kau permudahkanlah urusanku ya Allah.
tahun baru guru besar baru. setakat ni memang memahami. aku berharap sangat kali ini lebih baik. bukan nak mengata guru besar lama cuma yang lama ada caranya tersendiri. mungkin tak sesuai dengan angin aku. yeah! doakan aku.
setakat ni tu je aku nak ceritakan. tak tahulah bila lagi blog ni akan di update..