Showing posts with label mylife. Show all posts
Showing posts with label mylife. Show all posts

Monday, August 20, 2012

riang ria raya 2012

 Alhamdulillah... satu syawal yang amat meriah untuk aku dan keluarga. bersyukur sangat sebab dapat beraya bersama-sama keluarga di sabak bernam.

pagi raya dimulakan dengan solat sunat hari raya dan menziarahi pusara embah lanang. kemudian sesi bermaaf-maafan sesama adik-beradik dan mak bapak.

tangkap-tangkap gambar sikit...

keluarga sis zura

keluarga sis ana

keluarga sis yuni

ni yang masih bujang bersama mak dan bapak

we happy family

bermaaf-maafan

habis sesi di rumah, kami pergi ke rumah embah di sebelah rumah aku. berkumpul ramai sanak-saudara sambil membuat tahlil ringkas yang diketuai oleh wak tar (pakcik aku). makan-makan dan bermaafan tak dilupa.
 
berkumpul keluarga besar hj osamin

adik aku dan sepupu-sepupu aku dengan duit rm1 yang baru

sebahagian ahli keluarga besar hj osamin

habis bersalam-salaman dan bermaafan aku, raimi (adik) dan abg mat (abang aku) pergi bersama-sama bujang-bujang kampung yang lain untuk baraan (amalan ziarah-menziarahi).

baraan sampai kat rumah aku

setelah selesai baraan aku dan semua ahli keluarga aku pun berangkat ke sungai tiang, bagan datoh untuk beraya di rumah embah jauh (nenek sebelah mak). makan tak payah cerita memang dah tak tertanggung lagi.

sesi malam pula dimeriahkan dengan mainan bunga api dan mercun. bukan main semangat lagi kami bakar duit ye (don't try this at home).

antara ahli keluarga besar haji mokhtar@sarbini

amacam?

rumah embah jauh
masuk hari raya kedua baru mula baraan rumah saudara terdekat. pusing semua rumah eratkan hubungan silaturrahim.
 
kemeriahan 1 syawal yang tak dapat aku lupakan. macam mana 1 syawal korang?

Thursday, August 16, 2012

santai berbuka dan sumbangan duit raya lobus stail

sehari sebelum bercuti hari raya. sempat aku dan rakan-rakan guru yang lain berbuka puasa bersama. makanan masak lain-lain makan sama-sama. macam-macam hidangan sampai aku pun tak terlarat nak rasa semua.

menu-menu berbuka puasa

sila jamu selera

jom makan-makan

selepas solat isya' dan solat sunat tarawikh pula diadakan majlis penyampaian cenderahati kepada murid-murid muslim long busang yang dah pun selesai khatam al-quran sepanjang bulan ramadan ni. tak lupa sumbangan duit raya untuk semua anak-anak muslim.

anak-anak muslim lobus

antara penduduk kampung yang hadir

sumbangan duit raya dan khatam al-quran
majlis ala kadar tapi berjalan lancar. ada moreh ye! =)

sebelum balik kita moreh dulu...

mood balik kampung

Alhamdulillah... syukur sangat dapat balik kampung untuk beraya. sesuailah dengan lagu sudirman 'balik kampung' dengan keadaan kami cikgu-cikgu di long busang. jauh bukan penghalang. apa yang penting dapat sampai rumah.


macam biasa perjalanan 4 jam dari kampung long busang bermula seawal pukul 7pagi menaiki kereta (land cruiser). tiba dengan selamat di kem putai pada pukul 11.

ekspress putai ke kapit memang tak ada masalah. kami bernasib baik sebab ekspress ke sibu pun tiada masalah jugak. kami bersama-sama penduduk kampung yang turut sama ke sibu dah book siap-siap kat bumbung. nasib baik ada ekspress besar.

kami cikgu-cikgu
bersama penduduk kampung yang lain.
perjalanan 8jam menaiki bot ekspress memang nampak lama tapi mungkin sebab dah biasa macam ni. jadi tak ada masalah la.

doakan flite aku malam ni ke semenanjung berjalan lancar.

wassalam...

Wednesday, March 21, 2012

entri berhabuk

Assalamualaikum....

hai blogger... apa khabar blog aku ni? sihat ke? adeh... ni memang betul namanya blog berhabuk. berbulan-bulan tak update. Alhamdulillah ambil kesempatan dalam kesempitan dapat jugak update.

hampir 3 bulan bergelar 'cikgu' di sebuah sekolah di sebuah kampung ibarat kampung bunian di tengah hutan. sk long busang, belaga, tak jauh mana pun. cuma 12 jam perjalanan ke bandar terdekat. 4 jam trak 8 jam bot ekspres.

ajar murid-murid kenyah. siaran tv indonesia yang kebanyakan mereka pakai. ajar mata pelajaran bahasa inggeris. mencabar tapi bukan penghalang. insyaAllah.

semua cukup. air, elektrik, internet. line telefon je tak ada. tapi syukur juga sebab masih boleh mencari line telefon di kilang berdekatan. tak jauh pun, cuma 1 jam setengah perjalanan balak sekali perjalanan. pergi balik baru 3 jam.

seronok kat sini. ikan besar-besar. macam-macam jenis ada. labang, baung, sebarau, empurau, semah, dan banyak lagi yang aku pun tak tahu namanya. bolehlah memancing untuk hilangkan bosan.

nak sayur orang kampung ada jual, tanam sendiri cili, ulam-ulam ada, kangkung ada. macam-macam ada. nak makan rusa pun boleh, pesan je dengan orang kampung. pendek kata nak makan tak ada masalah kat sini.

sekian entri pendek dari aku. entri penyedap hati pengubat rindu penguat syukur padaNya.

Sunday, January 15, 2012

sarawak.. here i come!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... penantian demi penantian. sekarang dah memasuki fasa penantian waran untuk terbang ke sarawak. penantian yang sangat menyiksakan dan mengkelam kabutkan (bm rojak). mula dengan fasa menanti status penempatan.

9 januari 2012: pukul 3.. tiada. pukul 5.. pun tiada. harapan demi harapan sampai ada yang sudah putus harapan. mujur sebelum pukul 12 hari tersebut akhirnya dapat tau jugak

 
keluar je status penempatan fb group pismp januari 2008 mula sesak. netbook aku pun naik pening dibuatnya. masing-masing teruja disebabkan status mereka ditempatkan.

 

SARAWAK!! jap... 16hb dah kena lapor diri bro!
.....
Alhamdulillah.. syukur jugak ada tempat untuk aku. nak dibandingkan dengan yang belum posting aku lebih bernasib baik.

perlu itu peru ini.. sahkan itu, fotostat ini. gambar mana? buku bank dah fotostat? lambat fotostat lambat dapat gaji nanti. sahkan? haa.. bila nak sahkan? aduh.. pening kepala.. kalau dapat dekat tak apa jugak.

tak apalah pergi buat KWSP.. pergi buat DPT.. pergi cuci GAMBAR.. pergi FOTOSTAT apa yang patut. buku BANK? erm.. kalau nak mintak pengesahan akaun bank kena bayar rm20. pulak dah.. aku mana ada duit. nasib baik kakak aku cakap boleh print je eSTATEMENT kat cimbcliks/maybank2u. syukur..

hampir semua dah settle, masa nak lapor diri pun dah semakin hampir. ingat nak rancang jugak perjalanan (walaupun beg tak kemas apa lagi) tapi tunggu punya tunggu sampai ke hari terakhir (ahad) masih lagi tak ada sebarang maklumat tarikh penerbangan. 

aduh.. pening kepala aku. mak bapak aku asyik tanya je. aku jawab sekian-sekian masa berdasarkan maklumat yang diterima. tapi masih mengecewakan. banyak dosa aku tipu diorang. sampai dah malas aku nak cakap pasal benda ni. nasib baik mak bapak aku faham.

tunggu je la esok. kalut ke tak kalut, nak ke taknak esok kena ada tarikh yang tepat. tolonglah abang KPM. excited ni nak mengajar..:D kamek nak ngaja sarawak!!

yang dah tau tempat posting tu kena bersyukur banyak-banyak. lepas ni 'cikgu' la kome ye.. selamat bertugas kawan-kawan cikgu semua!