Assalamualaikum...
rasa macam dah lama tak bagi soalan mencabar minda rakan-rakan blogger dan para pembaca aku kat blog ni. baiklah untuk malam ni aku ada sebuah cerita untuk dikongsi kepada semua rakan.
ingat, matematik itu mudah lagi menyeronokkan! (motivasi sikit sebagai booster. hehe...)
![]() |
| pinjam daripada link |
suatu hari, kelihatan kelibat seorang pakcik tua sedang tercungap-cungap keletihan akibat turun naik tangga sebuah flat beberapa kali. memerhatikan keadaan itu, kamil yang kebetulan melalui flat tersebut pun menemui pakcik tua tadi.
"pakcik buat apa tu?"
"pakcik tengah cari anak kucing pakcik. ko ada nampak tak?"
"oo... anak kucing putih bertompok hitam tu ke pakcik?"
"haa... yang tu lah."
"kalau macam tu, ada pakcik. mula-mula kucing tu naik ke tingkat satu, kemudian naik satu tingkat, naik satu tingkat lagi, naik satu tingkat lagi, naik satu tingkat lagi. kemudian, ia turun satu tingkat, turun lagi satu tingkat, naik satu tingkat, naik satu tingkat, naik satu tingkat lagi, naik satu tingkat, naik satu tingkat lagi, turun satu tingkat, turun satu tingkat, turun satu tingkat lagi. kemudian dia duduk diam-diam kat tingkat tersebut."
"haa??" tercenganglah pakcik tua dengan jawapan kamil tadi. maka datanglah segala macam penyakit dengan migrainnya, pening kepala dan sebagainya.
korang mesti kesiankan kat pakcik tu? apa kata kalau korang tolong pakcik tu cari kucing kesayangannya? kat tingkat mana ek?
selamat mencuba..! jangan pening-pening ek.. =)
jawapannya: tingkat 5 tahniah!
*nama watak hanyalah rekaan semata-mata.
*soalan sekadar untuk rekreasi minda. bentuk soalan telah diubah mengikut kreativiti penulis (akulah tu. hehe..)
*rujukan: buku pencabar minda oleh tee ping.



